Rabu, 17 April 2013

MODEL TINGKAP JOHARI


 

Ia adalah satu teori personaliti yang diasaskan oleh Joseph Luft dan Harrington Ingham. Teori ini menunjukkan sifat-sifat diri anda apabila anda berinteraksi dengan orang lain.

Tingkap 1 (BEBAS)
Ia mewakili diri anda yang diperlihatkan kepada orang lain seperti hobi, keluarga, tempat tinggal dan sebagainya. Maklumat-maklumat yang dikongsi dengan orang lain ini tidak mengancam atau membahayakan anda.

Tingkap 2 (TERSEMBUNYI)
Ia mewakili sifat diri anda yang anda tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Contohnya rahsia anda atau perasaan cinta terhadap orang lain. Anda akan berasa terancam atau cemas bila rahsia anda terbongkar.

Tingkap 3 (TIDAK DISEDARI)
Ia mewakili diri sendiri yang anda tidak ketahui. Contohnya nafas anda berbau, suara anda, gaya anda berjalan dari belakang dan sebagainya. Anda tidak dapat menilai diri sendiri tetapi orang lain boleh menilai anda.

Tingkap 4 (TIDAK DIKETAHUI LANGSUNG)
Ia mewakili sifat diri yang anda tidak ketahui. Begitu juga dengan orang lain. Ia terletak di bawah minda bawah sedar.

Perubahan pada satu tingkap akan mempengaruhi tingkap yang lain. 

Teori Max Weber






Apakah pandangan anda mengenai Teori Weber? 
Nyatakan kekuatan dan kelemahannya dalam pengurusan sekolah?
 

     Gambar di atas menunjukkan gambar Max Weber, seorang ahli sosiologi yang mengasaskan
Teori Birokrasi. 

     Organisasi merupakan satu unit sosial yang dibentuk untuk mencapai matlamat tertentu. Sekolah juga merupakan satu contoh organisasi. Di dalam organisasi, kita tidak boleh lari daripada mengaplikasikan  teori-teori organisasi yang ada dan salah satu teori yang paling berpengaruh dalam bidang organisasi dan pentadbiran ialah Teori Birokrasi.

     Dari segi konsep, Weber merujuk birokrasi sebagai satu jenis struktur pentadbiran yang dibangunkan dalam satu pertubuhan dimana adanya autoriti “rasional-sah” (Scott, 2003). Weber menerangkan jenis birokrasi yang ideal dari sudut yang positif, beliau menganggap organisasi birokrasi adalah organisasi yang lebih rasional dan lebih cekap. Jenis birokrasi yang ideal termasuklah tidak ada jenis autoriti atau perhubungan yang lain, tidak mempunyai persahabatan dan permusuhan, tidak mempunyai komplot, dan tidak mempunyai badan jawatankuasa. Sesuatu birokrasi yang dikatakan ideal hanya wujud dimana individu memberi dan menerima arahan sebagai satu peraturan dalam sistem rasional.

     Terdapat tiga jenis autoriti yang dikenalpasti oleh Weber iaitu autoriti tradisional, autoriti “rasional-sah” dan autoriti karismatik :-

     a)  Autoriti tradisional (Traditional authority) iaitu kepercayaan dalam tradisi yang telah diamalkan sejak berzaman-zaman lamanya.  Ini adalah berlandaskan perwarisan daripada autoriti terdahulu, kemudian orang yang memegang autoriti tersebut mempunyai kuasa dan memberi arahan manakala orang bawahan pula akan menerima sahaja perintah atasan dengan alasan bahawa perkara yang diperintahkan oleh orang atasan itu merupakan cara untuk menyelesaikan semua masalah. 

     b)  Autoriti rasional-sah (Rational-legal authority) iaitu kepercayaan dalam “legaliti” sebagai corak dalam peraturan normatif dan mengangkat kebenaran dalam autoriti seperti isu-isu berkenaan arahan. Autoriti “rasional-sah” adalah berdasarkan sistem peraturan yang menghormati arahan, oleh sebab itulah sistem ini disebutkan mempunyai kerasionalan. Perintah atau arahan harus dipatuhi selagi mana mereka konsisten dengan peraturan tersebut.

     c) Autoriti karismatik (charismatic authority) pula merujuk kepada kepatuhan kepada sifat-sifat yang ada pada seseorang individu yang boleh dicontohi. Individu yang memegang autoriti seperti ini akan menunjukkan ciri-ciri pemerintahan dalam corak normatif ataupun peraturan. Autoriti ini juga melibatkan kualiti luar biasa yang ada pada pemimpin dimana arahan tidak terikat kepada penghormatan dan kesetiaan.


     Objektif utama teori birokrasi ialah untuk menjadikan sesebuah organisasi menjadi lebih cekap dan segala urusan pekerjaan di dalam organisasi dapat berjalan dengan baik dan lancar. Tujuan diwujudkan sistem hierarki dalam organisasi birokrasi pula adalah untuk membina sistem rantaian arahan yang tersusun.

     Pada pendapat saya, teori Weber ini adalah baik diamalkan di mana-mana organisasi mahupun di sekolah. Teori ini membuatkan sistem organisasi di sekolah menjadi lebih sistematik dan efisyen. Sistem hierarki yang dilaksanakan membantu pentadbir membahagikan tugas-tugas orang bawahannya seperti Guru Penolong Kanan, guru-guru, kerani dan sebagainya mengikut tugas masing-masing dan tidak berlaku persilangan/pertindihan tugas. Selain itu juga, teori ini dapat mengukuhkan tanggungjawab masing-masing terhadap bidang tugas sendiri. Walaubagaimanapun, teori ini cenderung kepada amalan pengurusan berbentuk pemusatan kuasa iaitu autoriti atau kuasa dalam sesebuah organisasi terletak didalam tangan satu golongan kecil.autoriti atau kuasa dalam sesebuah organisasi terletak didalam tangan satu golongan kecil. Golongan ini biasanya terdiri daripada Pengetua dan Penolong Kanan. Kebiasaannya, arahan mereka perlu didengar dan dilaksanakan tanpa sebarang bantahan.



Rabu, 27 Mac 2013

week 2 - 28/2/13

 Kami diberi beberapa tugasan sebagai penilaian berterusan :

1) Membangunkan blog (penambahbaikan dan keberkesanan sekolah)
  • refleksi
  • pembentangan
  • forum
  • pendokumentasian bahan penyelidikan 
2) Menulis artikel / esei  (secara berpasangan)
  • Sekolah Berkesan
  • Penambahbaikan sekolah dari segi konsep dan teori serta penyelidikan
3) Dialog : Anjakan-anjakan Kepimpinan Pendidikan ke arah Peningkatan Prestasi Sekolah berkualiti tinggi dari segi kepimpinan, pengajaran guru dan pembelajaran murid, polisi dan dasar pendidikan
  • hasil daripada sesi dialog anda bersama kumpulan dikehendaki merekabentuk satu projek penambahbaikan sekolah berdasarkan perbincangan meja bulat dalam sesi dialog.
* hasil perbincangan : a) Pengarah projek - Kannan
                                 b) S/u - Siti
                                 c) Bendahari - Arasu
                                 d) Ajk Teknikal - Mahesh
                                 e) Ajk Dewan - Kalai
                                 f) Ajk Jemputan - Dharma
                                 g) Ajk Makanan - Uma
                                 h) Ajk Buku Kehadiran - Khai

**Panel - 3 orang [SK, SJK (C), SJK (T)]

Setelah selesai, kami di bawa menyelami gaya kepimpinan guru2 di Jepun melalui tayangan video.

Khamis, 21 Mac 2013

motivasi pembelajaran

tak sempat nak update lagi... =)

cuti sekolah dah bermula...
in sha Allah.. byk yg tertinggal akan diupdate segera...

ni sekadar nota ringkas berkaitan teori motivasi (intrinsik dan ekstrinsik)..

Khamis, 7 Mac 2013

11 Anjakan PPPM 2013 - 2025

Aku sering tertanya-tanya, apa lah 11 anjakan yang selalu difokuskan oleh Dr. Zuraidah semasa kuliah..
Sebagai guru, rasa tersangat malu kerana tidak mengambil tahu tentang 11 anjakan tersebut..
Dari sehari ke sehari aku tidak berkesempatan untuk mencarinya.. 
dan kini aku telah mengetahuinya.. :)
Anda semua nak tau? hah ini dia..

11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:
  1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
  2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
  3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
  4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
  5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
  6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
  7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
  8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
  9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
  10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
  11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
*memang gempak la... patut la bila Dr. cakap rasa macam susah je nak capainya..

ok... secara detailnya, maksud 11 anjakan tersebut adalah : -

1.      Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
  • Menanda aras keupayaan dalam kemahiran membaca, matematik dan sains dengan standard antarabangsa
  • Melancarkan kurikulum baru sekolah menengah (KSSM) dan semakan semula kurikulum sekolah rendah (KSSR) pada 2017
  • Merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016
  • Meningkatkan kualiti prasekolah dan meningkatkan enrolmen kepada 100% menjelang 2020
  • Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada 11 tahun bermula pada umur 6+ tahun, disokong dengan program pengekalan yang disasarkan dan latihan vokasional sebagi persediaan untuk pekerjaan
  • Meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran kepada murid dengan keperluan khusus

 2.      Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
  • Memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama pada peringkat rendah, dengan sokongan pemulihan intensif untuk murid yang memerlukan bagi menggantikan kelas Peralihan
  • Memperluas program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris
  • Meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dan memperluaskan peluang bagi pendedahan terhadap Bahasa Inggeris
  • Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025
 
3.      Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai
  • Memperkukuh pendidikan Sivik dengan menjadikan perkhidmatan komuniti sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan menjelang 2017
  • Memperkukuh Pendidikan Islam dan Moral dengan memberi lebih fokus ke atas teras nilai dan falsafah agama utama menjelang 2017
  • Memperkembangan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform
  • Mengukuhkan dan memperluas RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah,  kumpulan etnik dan sosio ekonomi
 
4.      Tranformasi keguruan sebagai profesion pilihan
  • Mengetatkan syarat lantikan guru mulai 2013 supaya dalam kalangan graduan 30% teratas
  • Meningkatkan kualiti CPD mulai 2013, dengan lebih tumpuan ke atas keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah
  • Memastikan guru memberi fokus ke atas fungsi teras pengajaran mulai 2013 dengan mengurangkan beban pentadbiran
  • Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi mulai 2016
  • Meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus menjelang 2016
  • Membudayakan kecemerlangan  berasaskan pimpinan rakan sekerja dan proses pensijilan mulai 2025
 
5.      Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi di tempatkan setiap sekolah
  • Memperkenalkan kriteria pemilihan berasaskan kompetensi dan memperkukuhkan proses perancangan penggantian bagi pengetua/guru besar mulai 2013
  • Melaksanakan pakej kerjaya baharu bagi pengetua guru besar mulai 2013, dengan lebih sokongan, lebih fleksibiliti  pengoperasian bagi menambah baik sekolah, kurikulum dan kokurikulum, serta lebih akauntabiliti terhadap meningkatkan keberhasilan murid
 
6.      Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan
  • Mempercepatkan penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan dipimpin PPD di semua negeri menjelang 2014
  • Meningkatkan autonomi pengurusan  berasaskan sekolah, termasuk lebih fleksibiliti pengoperasian ke atas pengagihan bajet dan pelaksanaan kurikulum, dimulai dengan sekolah yang mencapai prestasi tinggi dan menunjukkan peningkatan prestasi besar
  • Memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak
 
7.      Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
  • Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi semua 10,000 sekolah menjelang 2013
  • Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru  terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal pada 2013
  • Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus
 
8.      Mentranformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian Kementerian
  • Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan terhadap bajet dan personel, serta meningkatkan akuantabiliti bagi KPI mulai 2013
  • Sekurang-kurangnya 2,500 lagi personel ditempatkan daripada KPM dan JPN kepada PPD untuk menyokong sekolah menjelang 2014
  • Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi 150-200  jawatan kepimpinan utama mulai 2013
  • Memperkukuh fungsi utama dan merasionalisasi struktur Kementerian mulai 2016
 
9.      Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas
  • Melengkapi ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana penglibatan ibu bapa dan akses atas talian kepada kemajuan anak di sekolah (SAPS)
  • Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016
  • 1,000 biasiswa daripada sektor swasta untuk murid berbakat daripada komuniti miskin untuk belajar di sekolah swasta dan antarabangsa
  • Memperluas model Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGOs yang berpotensi sebagai penganjur
 
10.  Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
  • Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan merasionalisasi program berimpak rendah pada setiap tahun, selaras dengan anjakan keseluruhan kerajaan ke arah Buget Berasaskan Keberhasilan (OBB)
  • Memanfaatkan peluang meningkatkan efisiensi, dengan mengagihkan peruntukan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru
 
11.  Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung
  • Menerbitkan laporan tahunan awam bagi kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan mulai 2013
  • Melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025 bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan kekal relevan dengan memasukkan maklumbalas daripada pihak berkepentingan dan mengambilkira perkembangan persekitarannya
 sumber : http://www.moe.gov.my

hurmm... kelihatan seperti semakin rumit.. anda bagaimana?



- love school - khai -

PDGS 6101 - Week 1

Thursday (21 Feb 2013) - First class

Salam perkenalan dari Dr. Zuraidah Abdullah..
Sahabat-sahabat sekuliahku : a) Siti Masnor Idanita Bt Mohd Yusof
                                             b) Umathevi A/p Krishnan
                                             c) Dharmawathy Chandra A/p Sundra Sagrah
                                             d) Kalaivani A/p Seger
                                             e) Kannan A/l Selvasubramaniam
                                             f) Kalaerasu A/l Rajoo
                                             g) Maheswaran S/o Mariapan

Di dalam kelas ini, kami mempelajari perbezaan antara "Pentadbiran", "Pengurusan" dan "Kepimpinan".

Jika diaplikasi di sekolah saya : - 

Kepimpinan merujuk kepada ketua pentadbiran sekolah iaitu Pengetua dan Pengarah.
Pengurusan pula merujuk kepada Penolong-penolong Kanan / Guru-guru Kanan.
Pentadbiran merujuk kepada kerani/guru-guru yang ditugaskan untuk menjalankan kerja-kerja perkeranian.

Dr. Zuraidah menjelaskan bahawa pada akhir pelajaran "Pentadbiran Pendidikan" ini, pelajar akan dapat : -
  1. Mengaplikasi konsep keberkesanan sekolah, penambahbaikan sekolah dan keberkesanan penambahbaikan sekolah dalam organisasi.
  2. Mengkritik perkembangan pendidikan dalam bidang keberkesanan dan penambahbaikan sekolah.
  3. Menganalisis faktor dan elemen yang mempengaruhi pembelajaran pelajar.
  4. Mereka bentuk program penambahbaikan di sekolah.
Kami juga diberi tugasan mudah iaitu mencari dan memahami Teori Sistem Sosial yang diperkenalkan oleh Hoy dan Miskel.










Untuk maklumat lanjut tentang teori ini akan saya ceritakan pada penulisan yang akan datang..

*tertinggal pula.. untuk yang terakhir.. fahami 11 anjakan PPPM (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025).. =)

- love school - khai -






My school - Maahad Hafiz Klang

 Ini lah pemandangan sekolah saya yang terletak betul-betul di tengah bandar Klang.. =)