1) Teori Keperluan Maslow
Mengikut
Maslow, setiap individu akan membawa bersama minatnya, sikap dan
keinginan ke tempat kerja mereka. Maslow memberikan pandangan bahawa
manusia mempunyai lima tahap hieraki keinginan yang cuba dipuaskan.
Rajah : Hierarki Keperluan Maslow
Tahap 1- keinginan fisiologi
Termasuk keinginan terhadap minuman, makanan, udara dan sebagainya.
Tahap 2- keinginan keselamatan/jaminan
Termasuk keinginan terhadap keselamatan dan kedamaian, serta bebas daripada bahaya dan ugutan.
Tahap 3- keinginan sosial
Termasuk keinginan untuk bergaul dan berhubung dengan orang lain, serta melahirkan perasaan kasih sayang.
Tahap 4- penghargaan atau kebanggaan
Termasuk keinginan supaya dihormati, perasaan harga diri dan status (darjat)
Tahap 5- kesedaran diri
Termasuk berbagai keinginan terhadap perkembangan dan kemajuan diri, pencapaian diri serta potensi.
Dari teori Maslow ini dapat dirumuskan kelakuan manusia adalah;
1. Manusia
akan sentiasa cuba memenuhi keinginan pada setiap tahap. Apabila telah
dipenuhi kehendak pada tahap 1, mereka akan mencuba memenuhi keinginan
pada tahap ke 2 dan seterusnya.
2. Apabila
keinginan telah dipuaskan, ianya tidak lagi mendorong kelakuan manusia.
Hanya apabila keinginan masih tidak lagi dipenuhi itulah yang akan
mendorong manusia untuk bertindak mendapatkan apa ingin diperolehinya.
2) Teori Dua Faktor Hertzberg
Teori yang diperkenalkan oleh Hertzberg ini juga dikenali dengan teori Pendorong atau Kesihatan.
Hasil dari penyelidikan oleh Hertzberg, beliau mengemukakan dua faktor iaitu;
a) Faktor-faktor
luar daripada pekerjaan itu sendiri yang sekiranya tidak diadakan atau
disediakan oleh organisasi, maka akan menimbulkan rasa tidak puas hati
di kalangan pekerja-pekerja. Sekiranya faktor itu disediakan, ia tidak
semestinya mendorong pekerja-pekerja untuk bekerja dengan penuh
motivasi. Faktor-faktor ini dinamakan faktor kesihatan termasuklah
perkara-perkara berikut;
i) jaminan kerja
ii) upah
iii) keadaan tempat kerja
iv) status
v) dasar syarikat
vi) hubungan ketua dan subordinat
vii) lain-lain faedah atau kemudahan
b) Faktor-faktor
yang sekiranya wujud akan dapat melahirkan motivasi kepada
pekerja-pekerja yang mana akan dapat meningkatkan prestasi kerja yang
baik. Faktor ini dikenali dengan faktor pendorong atau pemuas. Faktor
ini termasuklah;
i. penghargaan kenaikan pangkat atau prestasi cemerlang
ii. pencapaian dalam satu-satu tugas
iii. tugas yang menunjukkan kemahiran serta kepakaran
iv. tanggungjawab sepenuhnya dalam tugas
Teori
ini boleh diterima oleh ramai pengurus dalam berbagai organisasi, di
mana faktor-faktor pendorong ini cuba memotivasi kelakuan manusia
membantu mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi.
Walaubagaimanapun hasil yang didapati dari kedua-dua teori ini bukanlah
satu-satunya rangka untuk memahami kelakuan yang bermotivasi di dalam
organisasi. Manusia mempunyai keinginan yang berlainan dan terdapat
pelbagai lagi faktor kerja yang dapat memberikan tingkat kepuasan kepada
individu.
3) Teori X dan Teori Y
Douglas Mc Gregor membuat andaian mengenai manusia dan menamakannya sebagai Teori X dan
Teori Y.
Andaian Teori X
1. Kebanyakkan manusia semulajadi tidak suka bekerja dan cuba mengelakkan diri daripada bekerja.
2. Mereka mesti diarah , dipaksa, dikawal dan diugut supaya bekerja.
3. Tidak suka memegang tanggungjawab, mempunyai minat yang rendah dan mahukan jaminan keselamatan.
Andaian Teori Y
1. Bekerja dengan cara fizikal dan mental di dalam menjalankan tugas secara semulajadi.
2. Kawalan
luaran dan ugutan bukan merupakan satu cara manusia bekerja kearah
mencapai objektif.
Manusia akan berusaha untuk mencapai objektif yang
telah ditetapkan.
3. Kewajipan kepada objektif merupakan fungsi ganjaran berdasarkan pencapaian.
4. Kebanyakkan manusia mempelajari bukan sahaja untuk menerima tetapi juga mencari tanggungjawab.
5. Keupayaan menggunakan imaginasi, kreativiti dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah organisasi.
6. Di
dalam keadaan corak hidup industri yang moden, potensi di peringkat
intelek kebanyakkan manusia biasanya tidak digunakan sepenuhnya. Ianya
bermaksud daya intelek manusia tidak digunakan sepenuhnya kerana banyak
peralatan-peralatan masakini yang membantu kerja-kerja mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan